Thursday, 25 August 2011



Hhahaha....komen2 ni lawak. Yang name muhammad hasri ni cikgu fizik aku. Cikgu ni cikgu masuk air gila kot. Die ada trademark die dalam kelas. Kalau kitorang semua tak buat keje die bagi. 

Dia langsung tak denda kitaorang, Tapi die just selalu cakap " HAMPAS TEBU " nye korang semua. Saya bagi keje macam makan kacang pun tak bole siapkan kan. hahahha
Selalu yang kena aku la...hahaha...best bila cikgu ni mengajar. hahah.

Then syuhaida ni kawan aku. Dan2 la pulak die bole tnya cikgu aku ni aku masa kecik2 nakal ke tak an.
Then cikgu aku jawab baik nya 

" rasa azim dulu ngan sekarang still happy go lucky,gila2,geli2.tp dh makin matang la.lama gak xjmp dia ni dkt 4 thn dh.hope he still remember me until im die... "

hahahah..yang aku tak tahan nye die le cakap aku ni geli2. Entah dengan sape saya geli2 pun saya xtau cikgu. hahaha...

Ape saya boleh cakap you always in my heart untill now. Never forget you cikgu! :-)
Dan semua cikgu2 yang penah ajar saya mesti ingat. Tak pernah lupe sekali pun. 

Bak kate pepatah... Anak murid ni bagaikan kain putih yang dihantar atau diamanah kan oleh ibu dan bapa nya. Dan cikgu la yang menjadi pen dan pembimbing macam mana corak nya akan kelihatan. hehheh

So Thanks untuk semua pelajaran dan nasihat semua ckgu yang dah bimbing saya..Really appreciate it!. heheh



Kenapa Tak Puasa Di Bulan Puasa




Emm nak cakap pasal puasa ni mesti ada orang yang tak puasa pada bulan puasa kan.
Kalau perempuan tak puasa tu aku boleh la terima lagi. Mungkin dorang ada sebab kan.
Tapi tak tau la kalau saje2 wat alasan kan. Tu tak leh nak kata ape la kan. haha


Yang aku tak puas hatinya bila ada lelaki yang tak puasa. 
Aku pantang betol tengok bila orang yang sihat tak ada sebab tak bole puasa tapi tak puasa,.
damn! what the hell you are talking about dude! 
Come on la..Puasa tu wajib kot..Kalau sunat bole la ditinggalkan. Plus pula puasa setahun sekali kot.
Tak tak boleh nak puasa kan. Haram tol koang an.


Kalau korang kejer kontraktor angkat pasir batu buat bangunan tengah panas tak pe la juga tak nak puasa kan. Bab dalam islam pun dibenar kan buka. Contoh nye ahli2 atlit bersukan. Yes! dorang memang dibenarkan tak puasa. Alasan membenarkan ialah dorang perlu kan tenaga tuk bersukan demi menyara hidup. 


Kalau macam tu tak pe la..Then aku ada jumpa junior aku..macam ni la dialog die..


Junior : yoo bro..ape khabar..
Aku : khabar baik. Ko puasa tak ni?
Junior : Harini aku MC dowh..* MC??? What the hell dude! MC you said.? 
( My heart yelling)
Aku : Aik...Puasa pun ada MC jugak ker?haha
Junior : Yela..kalau nak puasa hari2 sakit la wei..
Aku : haahha..Ko memang perngai cam haram owh..


So macam tu la dialog aku dengan junior aku. Damn! senang2 je nak MC..
Yang best nya bole die cakap puasa hari2 sakit la bro...
Cis! Ni baru haram namanye budak ni. 


Apela nak jadi dengan budak zaman sekarang owh. Dorang rasa macam bangga je buat kesalahan.
Dorang macam dah tak ambil tau pasal puasa ke tak.  Haishh...ape la nak jadikan..huhu


* Aku masa kecik2 darjah berapa entah. Ada la juga ponteng puasa. Tapi tak ada la aku cerita. Just beritau kat mak aku je. Then masa nak buka aku tak leh join kuaga aku makan sekali. Kena denda makan jauh-jauh dekat ruang tamu sorang2..huhu..sedih je masa tu owh. Dorang makan sedap..aku makan sikit je...hhahah



Ni Pesan ayah aku masa aku kena denda makan sorang-sorang...huhu

Tuesday, 23 August 2011


Salam ramadhan semua...

Emm harini nak cakap sikat la ape yang aku rasa pada bulan puasa ni.
Aku rasa seronok bila puasa menjelang, sebabnya dah nak raya kan.
Plus semua orang suka kan bila nak raya. Sape yang tak suke tu giler la namenye.

Tapi......Bulan ramadhan ni aku rasa semacam je. Aku rasa takut dan kurang enak sangat sebab puasa dah nak habis.

Bagi aku yang rasa macam tu mungkin aku belum cukup lagi tampung pahala di bulan ramadhan ni.
Yela, Tahun ni aku berpuasa dalam keadaan aku keje.

Keje shift aku tak menentu. ape la nasib an..Kalau dulu selalu jugak la aku pergi tareweh.
Tapi kali ni bila aku keje malam aku tak dapat nak ke masjid tunaikan sama-sama denagn jemaah. :-(
Kadang-kadang tu aku wat dekat rumah je. Bab ustaz aku ada beritahu tareweh bole tunaikan dekat rumah tanpa imam.

So aku wat la. Tapi tak ada la talkin tareweh tu..heee

Dan lagi satu aku rasa diri aku kurang bercakap benda2 yang tak bagus dan bila aku nak buat satu dosa kecil pun
aku akan pikir balik mengenang kan bulan mulia ni. *Mungkin ni jadi satu sebab aku takut nak tingglkan bulan mulia ni kot.

Plus pula aku rasa just satu bulan/30 hari puasa ni belum tentu boleh hapuskan dosa aku yang lama-lama.
Bila dipikirkan balik banyak dosa bergelumang pada diri aku ni. Plus tinggalkan benda-benda wajib dulu2 masa budak2. hee


Serius aku sayang bulan ramadhan ni. 

Ya Allah, Sesungguhnye ko maha mengetahui dan maha segala-galanya, Aku sebagai hambamu ya Allah memohon maaf di bulan ramadhan ni
Ampunkan la segala dosa-dosa aku yang telah lama. Dosa2 besar yang aku lakukan dan segala dosa2 kecil juga. Sesungguhnye dosa kecil bole membuatkan menjadi dosa besar. Nauzubillah..Rahmatila hidup aku serta hidup kesemua keluarga aku dan yang paling utama ibu dan ayah aku ya Allah. 

Rahmati dan lindungi la mereka sepertimana mereka merahmati dan melindungi ku semasa aku dari dalam perut ibuku lagi ya Allah.
Bahagiakan la mereka di dunia dan akhirat sana nanti. dan jauh la mereka dari azab dunia,kubur dan akhirat.

Buka kan la syafaat bulan ramadhan ini pada kami semua serta umat2 islam yang lain..Amin - Amin Ya Allah.



* I'm Very afraid if you gone, My life will back as previously. Dont go and if you want to leave me. Please give me your intercession before you go...

Thursday, 11 August 2011


if a woman tells you she is twenty and looks sixteen, She is twelve.
If she is twenty-six and looks twenty-six, she is damn near fourty.

That's the way of life. Accept the truth pleasee..hahaha :-)


Wednesday, 10 August 2011

         

Haritu aku ada makan kedai mamak dengan kawan2 aku. Then ada seorang perempuan ni datang.
member kawan aku jugak. Die cari tempat duduk tak ada. 

So die ambil kerusi duduk sebelah aku. Aku dah segan gila dah masa tu. Aku kenal die tapi tak pernah bertegur.

Haritu dan-dan la boleh lak dia duduk sebelah aku kan. Aku lak bila dah ada perempuan yang aku tak kenal lepak sekali aku memang akan jadi pendiam dengan sendiri nya.

Motif - Sebab aku segan nak bercakap bila ada orang yang aku tak pernah cakap. lagi-lagi perempuan. hahaha


So, Aku tak tegur pun die dulu. Then tiba-tiba die buka beg tangan die. * aku ingat nak bagi aku ole-ole ke ape an. haha
Rupanya die keluarkan kotak rokok. Aku ingat die nak bagi kat kawan aku. Yela maybe kawan aku suruh pegang kan ke ape an.

Then tetiba die amik sebatang then die bagi kotak rokok tu kat aku dan cakap " rokok nak tak? "

Ciskek tol...aku dah la tak hisap. Die boleh lak pelawa aku. Aku cakap " No Thanks " * Ceh speaking lak aku owh..poyo je..haha

Then kawan aku mencelah. Ko pelawa dekat die sorang je yang tak hisap. Ape kata ko pelawa kat kitorang yang hisap ni. Lagi bagus. haha
Perempuan tu cuma sengeh dan gelak-gelak je.. haha

Dalam masa yang sama aku cakap dalam hati macam ni..

" Alahai..asal la ko hisap rokok owh..Tak gemar betol aku tengok perempuan hisap rokok..haha 
kalau laki tu tak ape la juga..Jatuh pangkal rahim ko nanti disebabkan rokok baru kau tau..Dah tak dapat lahirkan anak nanti..hehe "

Serius aku tak suka sangat tengok perempuan hisap rokok. Masa tengah lepak tu aku lepak kejap je. Then aku blik. Aku cakap la nak masuk ofis banyak kejer..*Padahal alasan je. haha

Tak tau la kenapa aku tak suke..rasa macam..... haish ! kenapa la ko hisap benda tu..Buat rosak jantung je..huhu


But Bagi aku perempuan yang hisap rokok tak semestinye jahat. Bagi aku ada perempuan yang macam ni lagi baik dari perempuan yang biasa-biasa..hehe

Then, Berdasarkan pengalaman yang aku ada selama hidup lebih kurang 20 an ni..aku tak akan assume orang dari pandangan pertama..Its totally wrong..:-)



Monday, 8 August 2011


Percentage To Advise Someone


Kawan dengan kawan - 5%
Kawan baik dengan Kawan Baik - 10%
Teman dengan Teman - 15%
Teman rapat dengan Teman rapat - 20%


So, Total 50% kan.? Then lagi 50% tu datang dari diri sendiri nak pilih mana yang terbaik buat diri sendiri atau dengar nasihat seseorang itu if important la orang yang nasihat tu untuk korang.. *-*

P/S : Kekasih dengan kekasih atau Suami dengan Isteri tidak diceritakan peratusnya, Sebab nye peratus untuk mengatur seseorang bila dah jadi kekasih atau pasangan kahwin lebih tinggi dan cemerlang. 
* Harap2 korang faham maksud aku. ^-^